Thursday, 20 August 2015

Azmin Tidak Berkeupayaan Mentadbir, Kata Khalid Thursday, 20 August 2015


Kerajaan Selangor boleh dianggap mengkhianati janji manifesto mereka dalam dua kempen pilihan raya umum yang lalu sekiranya pemberian air percuma kepada semua penduduk negeri itu dibatalkan, kata bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

ADUN Pelabuhan Klang itu berkata pada masa sama, tindakan sedemikian juga akan mempamerkan ketidakupayaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam mencapai keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kewangan negeri.

"Ia bakal menyerlahkan ketidakupayaan menteri besar mencapai keseimbangan serentak antara menyediakan kusyen dalam mengharungi kenaikan kos sara hidup dan memastikan belanjawan berimbang dan pengumpulan rizab berterusan. 

"Ini sangat bercanggah dengan ura-ura kononnya pemberian air percuma akan dinaikkan pada 40 meter padu sebaik penstrukturan selesai seperti diumumkan menteri besar Disember lalu," katanya. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum seluruh rakyat Selangor hanya kerana...BACA SELANJUTNYA DI [SINI]

Berhenti menfitnah saya: Fadillah



Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak. 

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian." 

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi. 

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam. 

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha untuk membawa UMNO ke Sarawak. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak. 

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. - Sarawakiana

Saturday, 25 July 2015

Aziz Isa DAP Ejen PBB atau Kaki Enjen? Saturday, 25 July 2015


Tak pasal-pasal mamat DAP ni buat pengakuan yang dia adalah seorang 'ejen' PBB. Katanya dia dari keluarga PBB.

Bijaknya dia ni mengaku semua orang ternama dalam politik untuk dia banggakan dan naikkan namanya sebagai calon DAP Melayu.

Dia tidak minta lahir didunia dalam keluarga PBB, tapi buat juga pengakuan terbuka bahawa dia TERPAKSA terima qada' dan qadar Allah.

Mungkin juga benar Aziz Isa ni ejen PBB...dah lama tengok budak DAP ni meroyan tak tentu pasal dalam Facebook.

Kerjanya bukan sahaja menghentam BN, tapi PAS dan PKR turut menjadi lauk utama.

Adakah Chong Chieng Jen dan puak DAP Sarawak tiada keraguan terhadap mamat ni? Serangan yang dilakukannya selama ini semacam mahu menjatuhkan kredibiliti parti DAP.

Baca selanjutnya kat blog [INI]

#Jangan perasan jadi ejen macam James Bond...kalau Jebon sesuai lah sangat!!
Kaki enjen memang macam ni kerjanya...

Friday, 10 July 2015

Politik Sarawak Dicemari "Pergaduhan Pondan" Friday, 10 July 2015





DAP dan PKR Sarawak tidak payah mempersoal isu janji atau manifesto BN Sarawak; adalah lebih baik muhasabah diri, senaraikan berapa jumlah bantuan PKR dan DAP sejak sekian lama bertapak di Sarawak.
Jika mereka 'berkiblatkan'‎ Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri 'idola' pakatan rakyat, rakyat Sarawak mahu PKR dan DAP Sarawak senaraikan berapa jumlah bantuan yang telah disalurkan untuk pembangunan di Sarawak.
Hakikat yang rakyat Sarawak tahu sekarang ialah semua bajet pembangunan negeri Sarawak sekarang adalah hasil peruntukan kerajaan pusat dan kerajaan negeri; yang mana semuanya adalah pemberian kerajaan sedia ada; tidak lain tidak bukan, Barisan Nasional!
Jika terlalu bermegah, PKR dan DAP Sarawak jangan buang masa rakyat; buat kenyataan media rasmi dengan menjelaskan berapa peruntukan yang telah mereka (DAP dan PKR) belanjakan untuk membangunkan 71 DUN atau 31 Parlimen di Sarawak.
Jangan lupa masukkan sekali kos bayar Internet bulanan buat propaganda murahan; kononnya melalui kempen Facebook, dapat membantu meningkatkan ekonomi‎ rakyat Sarawak.
PKR dan DAP Sarawak sangat mahir dalam bab-bab macam ni....
Kalau PKR dan DAP kemaruk mengutuk BN yang sekian lama memerintah, kononnya gagal; wajarkah rakyat memberi peluang kepada parti yang baru nak belajar tubuh kerajaan.
Kuburkan cerita Selangor dan Pulau Pinang, jangan samakan dengan Sarawak. Jika ditanya Azmin atau Lim Guan Eng, pastinya mereka tidak yakin dan tidak bersedia untuk cerita pasal pentadbiran di Sarawak.
Usah cerita UBAH Sarawak, selagi tak dapat nak urus jumlah etnik di Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat Sarawak pula bukannya perlu dibangunkan hanya dengan pengalaman promosi alat kosmetik!‎
#bila baca isu PKR dan DAP Sarawak; kononnya dia orang la yang paling banyak bangunan negeri Sarawak. MALU sikit la pok!!‎

Tipu No.IC dan Dokumen Rosmah Mansor; Sarawak Report dan Malaysiakini KANTOI Lagi!!!


Portal Sarawak Report dan Malaysiakini tidak serik menipu, kali ini sekali lagi KANTOI berkaitan satu FITNAH terhadap Rosmah Mansor.

Menurut Sarawak Report, RM2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun kononnya milik isteri Perdana Menteri.


Dari nombor IC yang 'didedahkan', A4200637; ianya tidak sama dengan siri kelahiran DS Rosmah Mansor yang sebenarnya lahir pada tahun 1951.

Untuk nombor IC kelahiran tahun 1974, siri IC adalah A29***** !

Nampak sangat MENIPUnya portal idola puak pembangkang ni...

Baca selanjutnya di [SINI]






Thursday, 18 June 2015

DAP Mungkin Ajak MCA dan Gerakan Buat Parti Baru ?! Thursday, 18 June 2015


Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, DAP berkemungkinan akan memanggil MCA serta Gerakan yang berada di dalam Barisan Nasional (BN) untuk bersama mereka dalam penubuhan pakatan baharu.

"DAP sudah tidak mahu berkawan lagi dengan PAS dan PKR. Walaupun DAP sedar mereka tidak pernah mendapat banyak kerusi sebelum bersama Pakatan rakyat, ini masa mereka mencari kawan baru demi kuasa.

"DAP akan memikirkan kedudukan mereka di Pulau Pinang terutamanya selain di Selangor dan Perak. Ini masa DAP beraksi dan membuktikan mereka boleh pergi lebih jauh dengan semangat Cina mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Walaupun DAP sedar mereka tidak pernah mendapat banyak kerusi sebelum bersama Pakatan rakyat, ini masa mereka mencari kawan baru demi kuasa.-Ahmad Atory Hussain
         

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda Pakatan Rakyat.

Jelas Dr Ahmad Atory, DAP kini mahu mencari pengaruh baru dengan memujuk MCA dan Gerakan supaya menyertai mereka.

"Kita tahu orang ramai orang Cina yang menyokong DAP. Walaupun pada dasarnya mereka adalah ahli MCA atau Gerakan, umum sedia tahu mereka memberi undi kepada DAP semasa pilihan raya.

Baca selanjutnya di [SINI]

Wednesday, 17 June 2015

PASMA Buktikan 'Berani Tendang' PAS? Wednesday, 17 June 2015


Penubuhan parti baharu seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi selepas Hari Raya Aidilfitri ini langsung tidak akan menggugat kedudukan PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, beliau yakin PAS akan tetap berdiri kukuh walaupun terdapat kemungkinan segelintir ahli parti tersebut akan berhijrah ke parti baharu berkenaan.

“Saya tak risau (penghijrahan ahli PAS), dalam perjuangan Islam, kita yakin bahawa seorang keluar, berpuluh lagi datang kepada kita.

“Allah akan hantar satu puak lain yang mereka sayangkan Allah, dan Allah sayangkan mereka. Itu biasa dalam perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Phahrolrazi yang mahu menubuhkan sebuah parti politik baharu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sejarah pernah menunjukkan bahawa PAS tidak pernah terjejas dengan kemunculan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang merupakan serpihan daripada parti itu pada 1977.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penubuhan parti baharu itu sudah dijangka kerana ada ura-ura sebelum ini.-Utusan Online

Tuesday, 16 June 2015

SUPP Jadi Bahan Ketawa PKR Sarawak Tuesday, 16 June 2015

Apa nak jadi?! Tindakan beberapa ahli SUPP Bukit Assek 'berdemo' sempena menyambut kedatangan PM Najib Razak di Sibu menjadi bahan lawak media sosial.

Sebagai ahli politik matang, rasanya tidak perlu ahli SUPP berbuat demikian.

Membantah dengan jelas dan nyata berkenaan konsep BN PLUS yang dicadangkan oleh PM dan CM Adenan merupakan satu tindakan biadap.

Adakah selepas ini SUPP bakal membuat demonstrasi besar-besaran seperti gerakan REFORMASI PKR?

BACA BERITA PENUH DI [SINI]

TAHNIAH SUPP !! Gandingan MANTAP Referendum S4S Bersama DAP ?!


Gandingan mantap SUPP dan DAP berjuang untuk REFERENDUM di Sarawak amat jelas sekali dalam beberapa program jelajah NGO tidak berdaftar itu baru-baru ini.

Program yang dibuat di beberapa bandar seperti Sarikei dan Sibu walaupun kurang mendapat perhatian penduduk tempatan, tetapi dapat menyerlah usaha sama antara dua parti berbeza.

SUPP yang diwakili oleh seorang pensyarah bebas, Eric Chin, menerangkan kepada yang hadir bahawa perjuangan S4S tidak salah kerana mereka hanya fokus untuk menurunkan atau menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak pada bila-bila masa.
Mengapa perlu buat jelajah penerangan S4S jika apa yang dibawa adalah betul?

Ternyata ada usaha lain disebalik pergerakan kumpulan ini. 



Menurut keterangan salah seorang ahli S4S, mereka perlu kumpulkan tandatangan rakyat sebanyak 300,000 untuk melancarkan proses referendum dan seterusnya menentukan sama ada Sarawak harus keluar dari Malaysia atau tidak.

Akan tetapi, rakyat hanyat diterangkan tujuan mengumpul tandatangan adalah sekadar mahu melancarkan proses referendum yang mana tidak dinyatakan referendum ke arah perkara yang jelas.

Sebelum ini, pimpinan DAP juga giat menyertai kempen S4S di beberapa daerah di Sarawak sebagai tanda menyokong usaha referendum menentukan sama ada Sarawak harus keluar Malaysia atau beberapa kuasa pimpinan harus dijatuhkan.
Pimpinan SUPP Kuching juga merupakan salah seorang yang hadir pada perkhemahan puak S4S di Tebingan Sungai Kuching April lepas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...