VIDEO YANG MEMBUATKAN CALON PKR PARLIMEN PETRAJAYA MENGANGKAT BENDERA PUTIH!!


Ini kalilah!!! Ini kali lah!!...Ini kali lah?!!!

Itulah laungan yang sering kita dengar dari mulut penyokong-penyokong pakatan rakyat di Sabah dan sekarang sudah mula dilaung-laung di Sarawak.

Namun "ini kali lah" SKL nak tujuk kepada semua penyokong pakatan rakyat Sarawak terutama penyokong PKR di Parlimen Petrajaya satu video yang cukup  ringkas ; hanya 28 saat sahaja, cukup untuk membuatkan calon PKR Parlimen Petrajaya berfikir sejenak untuk karier beliau selepas ini.

Diharap para penyokong PKR di Parlimen Petrajaya dapat menerima kenyataan bahawa dengan adanya video ini, SKL dan seluruh warga Petrajaya serta  penyokong-penyokong calon Barisan Nasional Parlimen Petrajaya iaitu Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, ingin menyatakan bahawa saudara Nazib calon PKR di parlimen tersebut boleh "BUNGKUS"!! Saksikan video dibawah:


YaaaAAHHH!!! Video perasmian untuk Penetapan Jalan Baru Empat Lorong dari Emart Matang ke Batu Kawa oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta beberapa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional termasuk calon BN untuk Parlimen Petrajaya, Datuk Haji Fadillah Yusof.

Dengan wujudnya pelancaran majlis ini, maka sudah jelaslah bahawa calon PKR di Parlimen Petrajaya, Ahmad Nazib tidak layak untuk memainkan isu ini lagi pada ceramah-ceramahnya yang akan datang kerana perancangan yang jelas serta nyata telah pun dibuat oleh calon BN, Datuk Fadillah Yusof sejak tahun-tahun lepas. Seperti yang SKL katakan sebelum ini, calon PKR ini sangat jarang ada di Sarawak kerana bermastautin di Selangor. Sama juga dengan jentera-jentera PKR Petrajaya, SKL cuma nak kata disini bahawa, "anda cuma bekerja mencari isu tetapi tidak menyelidik isu yang anda cari". Hasilnya, isu kesesakan yang dibangkitkan memakan diri sendiri dan "membunuh" calon tangkap muat anda!!..

Bagaimana pula dengan fakta yang SKL akan bentangkan dibawah ini pula?! 

Sebagai warga Petrajaya dan Sarawak, kita semua harus baca dan fahami serta sebarkan maklumat penting berkenaan perancangan penyelesaian masalah kesesakan lalulintas di Parlimen Petrajaya yang telah dirancang lama oleh Datuk Haji Fadillah. 

Untuk penduduk P194 Petra jaya, berikut adalah projek-projek yang sedang dirangka dan sedang dilakukan oleh Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah kesesakan.

Tindakan-tindakan kerajaan BN untuk mengatasi masalah kesesakan

1. Projek yang telah dijalankan
a. Menaiktaraf Jalan Kubah Ria ke Simpang Kampung Pinang Jawa
b. Jalan Tun Abdul Rahman Ya’akub ke Jalan Matang Link (jalan baru)
c. Menaiktaraf Jalan Baru Matang Fasa 1 (Dari Bulatan Datuk Abang Kipali ke Bulatan E-Mart)

2. Projek Semasa
a. Kerja tambahan di Jalan Kubah Ria
  i. Lorong tambahan dari Bulatan
  ii. Penambahbaikan Jalan Susur Keluar ke Jambatan Satok

3. Projek Baru dalam kajian
a. Menaiktaraf Jalan Kubah Ria dari simpang lampu isyarat Semarak ke bulatan E-mart
b. Menaiktaraf Jalan Baru Matang Fasa 2 (Dari Sg. Maong Paroh ke Jalan Matang/Simpang Batu Kawa)

4. Projek Baru yang Diluluskan
a. Pembinaan Jalan 4 Lorong dari E-mart, Matang ke Stapok, Batu Kawa, Kuching dan sebuah Jambatan baru merentasi Sg Sarawak.

Dijangkakan dengan mengalihkan sebahagian trafik dari jalan Matang ke Sg Maong Paroh dan pembinaan sebuah jambatan baru merentasi Sg Sarawak, kesesakan lalulintas di bulatan Jalan Astana dan Jambatan Tun Abdul Rahman Yakub dapat dikurangkan. Pengguna jalanraya tidak akan tertumpu di jalan tersebut sahaja.Dengan adanya laluan alternatif ini, ada pilihan laluan untuk pengguna jalanraya untuk keluar-masuk ke Kuching dan merupakan alternatif jangka panjang yang baik untuk pengguna jalanraya di kawasan Petra Jaya.

Kenapa flyover bukan pilihan untuk masa ini

1. Flyover hanya akan mengalihkan kesesakan (shift the congestion). Mungkin akan ada sedikit kelancaran trafik di bulatan tetapi akan berlaku kesesakan di jalan menghala ke jambatan pada waktu pagi dan menghala ke matang dan petra jaya pada waktu petang. Dengan jangkaan pemilikan kereta dan pembinaan perumahan-perumahan baru di sekitar petra jaya, dijangkakan walau adanya flyover di bulatan tersebut, masalah akan kekal seperti sedia ada.

2. Flyover juga tidak akan menyelesaikan masalah trafik pada waktu puncak (peak traffic problems). Sebab majoriti pengguna jalanraya menuju kearah yang sama dan menggunakan laluan yang sama. Lalulintas flyover di Jalan Song, pada waktu puncak aliran trafik juga agak perlahan.

3. Dari segi kos-faedah, pembinaan flyover mengambil kos yang besar dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Pembinaan flyover tanpa ada laluan alternatif, akan mengganggu lalulintas yang sedia ada dan dikhuatiri kesesakan akan menjadi semakin teruk sebab laluan yang terdekat ke Bandar Kuching adalah di Jambatan Tun Salahuddin.

4. Walaubagaimanapun, dengan adanya laluan alternatif setelah siapnya projek yang diluluskan oleh kerajaan tadi, aliran trafik boleh dialihkan ke jalan alternatif tersebut untuk akses ke Bandar Kuching. Sekiranya dibina flyover, ianya akan mengurangkan kesesakan yang teruk sebab sudah ada laluan alternatif.

5. Kesimpulannya, flyover untuk penduduk Petra Jaya mungkin akan menjadi kenyataan setelah kajian keseluruhan pembangunan di bandar kuching dan Petra Jaya siap dan terdapat keperluan flyover untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan bulatan Jalan Astana dan Jambatan Tun Abdul Rahman Yakub .

Bagaimana saudara adik kakak sekalian? Fakta di atas bukan sekadar perancangan kosong, akan tetapi ia adalah satu perancangan yang telah dilaksanakan secara berperingkat dan ia jelas boleh dipandang secara sahih dengan mata anda sendiri. Ianya bukanlah projek PRU13 seperti yang dibangkitkan oleh penceramah-penceramah MILO PKR Petrajaya. Ianya sudah lama dirancang, terlalu banyak mesyuarat telah dibuat, dan akhirnya projek-projek ini barulah dapat dilaksanaknakan bermula tahun lepas. 

SKL rasa, tak perlulah nak diajar pula bila dan bagaimana prosedur perjalanan proses projek membuat jalanraya di blog ini. Cukup untuk SKL nyatakan di sini bahawa PKR tidak ada tempat di hati warga Parlimen Petrajaya!

InsyaAllah Datuk Fadillah akan menang dengan majoriti yang sangat besar pada 5 Mei 2013 akan datang. Amin...

*Fakta Projek Petrajaya diperolehi dari SUMBER
Share on Google Plus

About Dari Sematan Ke Lawas

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.