Friday, 11 July 2014

3 Cara Mudah Menghulurkan Sumbangan Tabung Amal Palestin; SEBARKAN!! Friday, 11 July 2014


Kita hanya mampu melihat tetapi tidak merasa apa yang mereka sedang hadapi sekarang. Kami ingin mengajak anda semua sama-sama membantu meringankan beban yang mereka alami; jika tidak dengan tenaga anda, anda juga boleh menghulurkan bantuan kewangan untuk membantu mangsa-mangsa kezaliman rejim zionis israel ini.

Kami mencadangkan 3 cara mudah untuk anda menghulurkan bantuan melalui badan-badan khas:

Cara pertama: Sumbangan tenaga sebagai sukarelawan (volunteer) atau sumbangan kewangan

Hanya dengan melayari laman web:



Anda cuma perlu memilih untuk menjadi tenaga sukarelawan yang bakal dilatih khas ataupun memilih untuk menyumbang wang seikhlas hati anda untuk membantu mangsa-mangsa di Palestin.



Dilaman web tersebut, terdapat 2 butang khas disediakan; setelah memilih (click butang MERAH atau BIRU) dan anda cuma perlu mengikut arahan seterusnya. (terdapat borang khas untuk diisi dengan mudah)

Cara kedua: Sumbangan melalui akaun bank
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!



Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Cara ketiga: Sumbangan melalui SMS




Taip PALESTIN <JARAK> RM10 / RM5 / RM3 / RM1 dan hantar ke 39111. Refer gambar yang kami sertakan untuk contoh.

      Ini adalah sumbangan untuk Tabung Amal Palestin. Apalah adanya dengan RM10, RM5, RM3 apalagi RM1 jika ingin dibandingkan dengan penderitaan saudara kita di Palestin. Moga usaha bersama ini membantu meringankan beban mereka. Kongsikan jika ini bermanfaat bagi anda dan sesiapa sahaja.


Source tabung amal: Aman Palestin. Anda boleh menderma tanpa was-was

(JOM SHARE KE SELURUH PELUSUK ALAM termasuk group whatsapp, telegram, wechat, etc)

Similar To "3 Cara Mudah Menghulurkan Sumbangan Tabung Amal Palestin; SEBARKAN!!"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...