Monday, 10 November 2014

DAP Dapat Anugerah Gelaran "BIAWAK HIDUP" Dalam Pakatan Rakyat Sarawak Monday, 10 November 2014


Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen@Abusiraj AlMuner tegas mengatakan bahawa DAP seumpama "BIAWAK HIDUP" dalam pakatan rakyat Sarawak akibat dari tindakan DAP tidak menghormati serta menghadiri jemputan mesyuarat pakatan rakyat Sarawak baru-baru ini.



Andri@Abusiraj dalam artikelnya di Harakah Daily [rujuk SINI] mempersoalkan tindakan DAP yang menjadi punca kemelut PR Sarawak langsung tidak diendah oleh Lim Guan Eng.

Sebaliknya Lim Guan Eng berterusan mengutuk Presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam ucapannya dalam beberapa majlis besar DAP baru-baru ini.



DAP yang jelas memboikot semua program bersama pakatan rakyat Sarawak baru-baru ini sekali lagi menunujukkan ego mereka apabila tidak menghadiri mesyuarat pakatan rakyat Sarawak dengan alasan tidak menerima apa-apa jemputan atau makluman dari Pas Sarawak. Rujuk [SINI]


Mesyuarat pakatan rakyat tersebut akhirnya tidak dapat mencapai keputusan penuh untuk penentuan kerusi bagi menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.

Kemelut pakatan rakyat Sarawak dijangka lebih keruh sehingga Jun 2015 dimana pada tarikh tersebut bakal diadakan pemilihan jawatankuasa PAS yang baru. Jika kumpulan pro ulama majoriti memenangi pemilihan tersebut, maka DAP secara rasmi akan keluar dari pakatan rakyat Sarawak.

Sehingga kini, DAP dilihat masih takut untuk benar-benar keluar dari pakatan rakyat walaupun sudah berulang kali hanya berani menyatakannya dalam beberapa sidang akhbar sebelum ini.


Similar To "DAP Dapat Anugerah Gelaran "BIAWAK HIDUP" Dalam Pakatan Rakyat Sarawak"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...