Wednesday, 17 June 2015

PASMA Buktikan 'Berani Tendang' PAS? Wednesday, 17 June 2015


Penubuhan parti baharu seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi selepas Hari Raya Aidilfitri ini langsung tidak akan menggugat kedudukan PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, beliau yakin PAS akan tetap berdiri kukuh walaupun terdapat kemungkinan segelintir ahli parti tersebut akan berhijrah ke parti baharu berkenaan.

“Saya tak risau (penghijrahan ahli PAS), dalam perjuangan Islam, kita yakin bahawa seorang keluar, berpuluh lagi datang kepada kita.

“Allah akan hantar satu puak lain yang mereka sayangkan Allah, dan Allah sayangkan mereka. Itu biasa dalam perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Phahrolrazi yang mahu menubuhkan sebuah parti politik baharu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sejarah pernah menunjukkan bahawa PAS tidak pernah terjejas dengan kemunculan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang merupakan serpihan daripada parti itu pada 1977.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penubuhan parti baharu itu sudah dijangka kerana ada ura-ura sebelum ini.-Utusan Online

Similar To "PASMA Buktikan 'Berani Tendang' PAS?"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...